Friday, 30 November 2012

Imbuhah Awalan peN-

Tambah imbuhan peN- yang betul pada perkataan di dalam kurungan dalam ayat di bawah.

1.  M.Nasir ialah seorang  ___________________  ( gubah ) lagu terkenal di negara kita.

2.  Beg tangan wanita itu telah dilarikan oleh seorang  ______________________ ( ragut ).

3.  Puan Wati telah mengidap ____________________ ( sakit ) kanser selama dua tahun.

4.  _______________________  ( renang ) dari Malaysia  telah memeangi lapan pingat emas dalam Sukan Olimpik.

5.  Dua orang   _______________________ ( jenayah ) telah ditembak oleh polis malam semalam.

6.  Setiap pagi  _______________________ ( jual ) surat khabar akan menghantar surat khabar ke rumah pelanggan-pelanggannya.

7.  Negara kita pernah menjadi  __________________________ ( keluar ) bijih timah yang terbesar di dunia.

8.  Ramai _____________________  ( datang )  tanpa izin dari Indonesia telah pulang ke negara asal mereka.

Imbuhan Awalan beR- dan meN-

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan perkataan yang betul.

bekerja              mendengar                            bergembira                                          menguning
memetik           bertambah                              menyemak                                          bersungut
berempat          memandu                               menelan                                              berkokok

1. Suasana majlis itu  ______________________  meriah apabila pertunjukan bunga api.

2. Abang saya  ______________________  keretanya dengan cermat semasa kami pulang ke kampung.
3. Setiap pagi ayam jantan dibelakang rumah saya akan _____________________  .

4. Seekor ular sawa telah   ________________________  dua ekor anak kambing di kampung itu.

5. Semua kanak-kanak  ______________________  semasa mereka mandi- manda di laut.

6. Semua murid  ___________________  dengan tekun ucapan yang disampaikan oleh guru besar.

7. Sudah dua puluh tahun ayah saya  _________________________  sebagai juruteknik di syarikat itu.
8. Puan Aini sedang  _________________________  buku latihan murid-muridnya.

9. Kakak tidak henti-henti  ________________________  kerana ibu menyuruh dia mengemas bilik tidurnya.
10. Puan Lee sedang  ___________________  bunga -bunga ros di hadapan rumahnya.

11. Mereka  ______________________  ialah anggota pasukan acara larian berganti-ganti sekolah saya.
12. Para petani di kampung sangat gembira kerana padi mereka telah mula ________________ .

Monday, 19 November 2012

♥ Kata Bantu ♥

1. Kata bantu ialah kata yang membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan    menimbulkan makna tambahan dari sei aspek waktu atau ragam.

2. Kata bantu dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

a) Kata bantu aspek
  • Menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa
  • Contoh : telah      sedang    belum    akan
                         sudah     masih      pernah

b) Kata bantu ragam
  • Menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan
  • Contoh : hendak      harus      mseti     dapat
                         mahu         wajib      boleh

Ayat Contoh : 1. Ibu sedang memasak di dapur.
                       2. Sharifah belum bangun daripada tidur.
                       3. Iman dapat menjawab soalan matematik yang sukar itu.
                 

Sunday, 18 November 2012

♥ Tahniah ♥

Assalamualaikum...salam hari isnin semua...19.11.2012, alhamdulillah keputusan UPSR telah diumumkan pada hari ini....Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya dengan cemerlang...Bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha anda...Ini baru permulaan bagi anak - anak semua...Sekali lagi cikgu ucapkan tahniah kepada anak - anak yang berjaya...Selamat melangkah ke alam sekolah menengah >_<

Kata Arah

Assalamualaikum semua...hari ni cikgu nk kongsi ilmu tentang "Kata Arah"..

1. Kata Arah digunakan untuk menunjukkan arah, hala dan kedudukan.
2. Kata arah didahului kata sendi nama

Contoh : atas     atas            tepi               dalam
               luar     hadapan     belakang      tengah
               kanan   kiri           sudut            antara

Ayat Contoh : 1. Bunga hiasan itu diletakkan di atas meja.
                        2. Murid - murid beratur di luar kelas.
                        3. Alat mainan adik disimpan di dalam kotak.
               
              

Wednesday, 14 November 2012

Pantun Nasihat

Berakit - rakit ke hulu,
Berenang - renang ke tepian,
Bersakit - sakit dahulu,
Bersenang -senang kemudian.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang.

Baik - baik mengirai padi,
Takut mercik ke muka orang,
Biar pandai menjaga diri,
Takut nanti diejek orang.

Mari kita tanam halia,
Ambil sedikit buat juadah,
Usia muda jangan disia,
Nanti tua sesal tak sudah.

Pantun

PANTUN KANAK-KANAK.

Anak rusa nani,
Baru kembang ekor,
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Buai laju-laju,
Sampai puncak sana,
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina.

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.

Ayam kedek - kedek,
beri makan padi,
Abang sayang adik,
Mesti ajar mengaji.

Burung kenek -kenek,
Hinggap bawah bumbung,
Apa pesan nenek,
Cepat-cerpat pulang.

Pok amai - amai,
Belalang kupu - kupu,
Bertepuk adik pandai,
Malam nanti upah susu.