Tuesday, 6 November 2012

♥ Kata Kerja ♥

Kata kerja terbahagi kepada :

a) Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
b) Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan Tidak Melampau )

Kata Kerja Transitif

  • Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
  • Ayat ini mesti ada penyambutnya ( objek )
  • Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan `me-` sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki dan mempersilakan
1.Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek iaitu kata nama.
  • Contohnya : Atan mendengar radio (mendengar ialah kata kerja transitif)
Subjek (Pembuat)
Kata Kerja Transitif
Penyambut (Objek)
Dia suka
membaca
buku
Sarah
memukul
seekor ular
Ayie
menjual
kuih - muih
Haris
berjalan
ke  sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

Kata Kerja Tak Transitif
  • Kata Kerja Tak Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.Oleh itu, ia tidak mempunyai penyambut
  • Contohnya : Mereka berjalan pada hari cuti
Subjek (Pembuat)
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kami
mandi
di tasek itu
Dia
senyum
semasa berjalan
Alea
menyanyi
dengan kuat
Aleesya
berjalan
ke  sekolah

  • Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
  • Kata Kerja Tak Transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber ... an dan ber ... kan
  • Contohnya : Ravi belum datang lagi
  • Peringatan : Tiap - tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah `kan` atau `I`
  • Contoh ayat : Emak sedang menidurkan adik        

No comments:

Post a Comment