Wednesday, 14 November 2012

Pantun

PANTUN KANAK-KANAK.

Anak rusa nani,
Baru kembang ekor,
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Buai laju-laju,
Sampai puncak sana,
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina.

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.

Ayam kedek - kedek,
beri makan padi,
Abang sayang adik,
Mesti ajar mengaji.

Burung kenek -kenek,
Hinggap bawah bumbung,
Apa pesan nenek,
Cepat-cerpat pulang.

Pok amai - amai,
Belalang kupu - kupu,
Bertepuk adik pandai,
Malam nanti upah susu.

1 comment:

  1. Tahniah kerana cikgu berjaya menyiapakan tugasan Teknologi Maklumat Untuk Sekolah Rendah .
    1. Isi kandungan blog
    Ia merangkumi dua aspek iaitu
    a) Pembentukan kata
    i. Imbuhan
    b) Penggolongan kata
    i. Kata bantu

    2. Kreativiti
    Daya kraetiviti blog ini sesuai untuk PdP sekolah rendah .

    ReplyDelete