Friday, 30 November 2012

Imbuhan Awalan beR- dan meN-

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan perkataan yang betul.

bekerja              mendengar                            bergembira                                          menguning
memetik           bertambah                              menyemak                                          bersungut
berempat          memandu                               menelan                                              berkokok

1. Suasana majlis itu  ______________________  meriah apabila pertunjukan bunga api.

2. Abang saya  ______________________  keretanya dengan cermat semasa kami pulang ke kampung.
3. Setiap pagi ayam jantan dibelakang rumah saya akan _____________________  .

4. Seekor ular sawa telah   ________________________  dua ekor anak kambing di kampung itu.

5. Semua kanak-kanak  ______________________  semasa mereka mandi- manda di laut.

6. Semua murid  ___________________  dengan tekun ucapan yang disampaikan oleh guru besar.

7. Sudah dua puluh tahun ayah saya  _________________________  sebagai juruteknik di syarikat itu.
8. Puan Aini sedang  _________________________  buku latihan murid-muridnya.

9. Kakak tidak henti-henti  ________________________  kerana ibu menyuruh dia mengemas bilik tidurnya.
10. Puan Lee sedang  ___________________  bunga -bunga ros di hadapan rumahnya.

11. Mereka  ______________________  ialah anggota pasukan acara larian berganti-ganti sekolah saya.
12. Para petani di kampung sangat gembira kerana padi mereka telah mula ________________ .

No comments:

Post a Comment