PANTUN KANAK-KANAK.
Anak rusa nani,
Baru kembang ekor,
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.
Buai laju-laju,
Sampai puncak sana,
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina.
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.
Ayam kedek - kedek,
beri makan padi,
Abang sayang adik,
Mesti ajar mengaji.
Burung kenek -kenek,
Hinggap bawah bumbung,
Apa pesan nenek,
Cepat-cerpat pulang.
Pok amai - amai,
Belalang kupu - kupu,
Bertepuk adik pandai,
Malam nanti upah susu.
Tahniah kerana cikgu berjaya menyiapakan tugasan Teknologi Maklumat Untuk Sekolah Rendah .
ReplyDelete1. Isi kandungan blog
Ia merangkumi dua aspek iaitu
a) Pembentukan kata
i. Imbuhan
b) Penggolongan kata
i. Kata bantu
2. Kreativiti
Daya kraetiviti blog ini sesuai untuk PdP sekolah rendah .